klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 13 Februari 2011

TANGKAPAN ANGGOTA KONVOI HRP : SEBAB ANTI-RASIS ATAU KERANA " MENENTANG UMNO/BN RASIS ?

SUA PKR : DEB Gagal Berpunca Sikap Tamak Pimpinan Umno-BN



SHAH ALAM 13 FEB : Tun Dr Mahathir Mohamad harus mengakui bahawa antara punca utama kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah kerana sikap tamak pimpinan Umno-Barisan Nasional dan segelintir golongan elit di negara ini.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail berkata, dasar lapuk DEB warisan mantan Perdana Menteri terdahulu sepatutnya sudah lama dikuburkan kerana tidak mencapai matlamat asalnya.

" Kegagalan itu lebih berpunca daripada satu sifat tamak pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional terutama golongan elit atasan. Tamak dalam memastikan agihan yang adil diturunkan ke bawah.

Keenganan Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno lain untuk merungkai Dasar Ekonomi Baru ini mengesahkan bahawa mereka adalah golongan utama yang membolot peluang daripada dasar ini.Polisi yang baik tetapi lemah dari sudut pelaksanaan, ia tidak akan memberikan hasil yang diharapkan, " katanya.

Menurut Saifuddin, dasar yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Agenda Ekonomi Malaysia jauh lebih tepat meramal keadaan masa hadapan.

Malah antara yang digesa Anwar menjelang pilihan raya umum 2008 ialah, supaya DEB dirungkai semula kerana ia hanya akan menyebabkan kek ekonomi negara boleh dinikmati oleh segelintir elit dan sebahagian besar rakyat bawahan terus teraniaya.

" Ini terbukti proses Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lebih awal mengesan kegagalan Dasar Ekonomi Baru sedangkan Tun Dr Mahathir baru sahaja mengakuinya semalam.

" Bila Tun Dr Mahathir mengakui kegagalan Dasar Ekonomi Baru, beliau sebenarnya mengesahkan kebenaran dasar yang dimulakan oleh Parti Keadilan Rakyat apabila kita meminta supaya DEB itu dirungkai," kata Saifuddin ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Mahathir semalam mengakui bahawa DEB telah disalahgunakan oleh golongan Melayu atau secara tepatnya adalah kroni Umno-BN yang menyebabkan sasaran mendapatkan 30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai.

Walaupun mengakui kegagalannya namun Mahathir berkata, dasar itu harus dipertahankan kerana dengan membubarkannya, ia akan merugikan masyarakat Melayu.

" Dasar ini sekiranya tidak memberikan kejayaan, ia boleh dirombak. Suatu dasar itu mestilah bersifat dinamik. Kalau sekiranya dasar itu gagal, tidak salah untuk kerajaan mengadakan satu dasar baru yang lebih baik," tegas Saifuddin sekaligus menyanggah kenyataan Mahathir.

Tambah Saifuddin, keistimewaan seperti pemberian permit import (AP) hanya untuk kemudahan golongan tertentu dan bukannya untuk rakyat lapisan pertengahan atau bawah.

Justeru melalui cara itu ia menunjukkan bahawa akan adanya jurang besar di antara golongan kaya dan miskin di negara ini yang sepatutnya disedari Mahathir sejak dahulu lagi.

" Ini menunjukkan betapa terkebelakangnya pemikiran Tun Dr Mahathir. Anehnya pada masa yang sama, walaupun mengakui kegagalan, Mahathir masih mahu dasar ini diteruskan," tambah Saifuddin lagi.

Antara yang menjadi tumpuan dalam DEB ialah untuk membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan dan yang kedua, mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat di Malaysia dan menghapuskan ekonomi berasaskan warna kulit.

Namun ironinya kata Saifuddin, keadaan itu semakin menekan kini apabila yang miskin terus miskin dan isu senstiviti kaum malah agama semakin meruncing saat ini.

Pakatan Rakyat Selangor Perihatin Ke Arah Kesejahteraan Dan Keselamatan Rakyat

MB Selangor : Tambah Polis Jika Penubuhan Polis Bantuan Ditolak



PETALING JAYA 13 FEB : Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat untuk menambah bilangan anggota polis jika tidak mahu membenarkan penubuhan unit Polis Bantuan bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media di selepas Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu di sini semalam.

"Kerajaan Negeri berpendapat, sehingga polis meningkatkan tenaga kerja, kita minta tambah Auxiliary Police (Polis Bantuan) ini. Jadi kalau Kerajaan Pusat kata tak boleh buat Auxiliary Police ni, tambah sahaja Polis, ini saya rasa tak jadi masalah besar," kata Tan Sri Khalid.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan permohonan penubuhan pasukan polis bantuan bagi menangani kadar jenayah yang semakin meningkat di negeri itu.

Langkah ini ekoran timbulnya kebimbangan serius di kalangan rakyat Selangor serta selaras dengan hasrat kerajaan Negeri yang mengambil langkah konkrit bagi mengatasi permasalahan tersebut.

Bagaimanapun kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyatakan cadangan Menteri Besar Selangor itu untuk menubuhkan polis bantuan di negeri itu seolah-olah satu tanda beliau tidak menghargai sumbangan dan kejayaan Polis Diraja Malaysia dalam menangani jenayah serta menegakkan keamanan di negara ini.

Khalid menafikan perkara ini kerana permintaan beliau ialah bagi memenuhi tanggungjawab kepada rakyat dan bukannya memperkecilkan usaha pasukan Polis.

"Kita buat sebab kita tak nak rakyat cakap Kerajaan Negeri tak buat apa-apa. Polis dah buat kerja sedaya upaya. Tak siapa nak masalah jenayah. Saya tak kata Polis tak buat kerja. Mereka jalankan kerja dengan cara terbaik dalam kadar dan terhad," katanya. - tv selangor

MENYANGKAL NAJIB : RAKYAT MALAYSIA UMPAMA 'API DALAM SEKAM'

Najib: M'sia tak boleh disamakan dengan Mesir

"Pertama, kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana perkara adalah berbeza di kedua-dua negara,” katanya apabila ditanya apakah iktibar yang boleh diambil oleh BN dan Umno daripada pengalaman di negara Asia Barat itu.

Menurut Najib, dasar BN 'Rakyat didahulukan' itu adalah perbezaan utama antara Malaysia dengan pentadbiran rejim bekas presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun. - malaysiakini


Kenyataan DS Najib Razak benar-benar dilihat angkuh dan sombong serta menganggap perkara yang berlaku di Mesir sehingga tumbangnya diktator tua Husni Mubarak tidak akan berlaku di Malaysia .

DS Najib Razak seharusnya mengambil pengiktibaran terhadap apa yang berlaku bukannya mendabik dada dengan slogan ala 'One Isreail ' iaitu " People First " menjadikan perbezaan antara Mesir dan Malaysia .
Jenama retorik " 1 Malaysia " dengan motto " rakyat didahulukan" yang dicanang ke telinga rakyat hanyalah bersifat kosmetik sedangkan rakyat negera ini mengalami kesan daripada pelbagai tindakan yang dilakukan oleh Rejim Najib -Rosmah .

Kenaikan harga barang makanan , minyak , keperluan hidup serta cukai kerajaan yang terus mencengkam kehidupan rakyat terutama golongan miskin . Pembaziran , penyelewengan serta rasuah yang berkelangsungan dalam sistem pentadbiran DS Najib sudah semakin keterlaluan .

NONEDilaporkan perbelanjaan Najib menggunakan wang negara di luar negara sepanjang tempoh 19 bulan atau 588 hari menjadi Perdana Menteri juga kini sudah mencecah RM8,724,894.91 bermakna RM31,840.50 sehari [Utusan]. Lihatlah, dalam masa sehari sahaja Najib menghabiskan wang negara lebih banyak daripada duit gaji rasminya selama sebulan iaitu sebanyak RM 22, 826.65 [Utusan].

Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan DS Najib Razak di Dewan Negara yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan DS Najib telah ke luar negeri atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.

Tan Sri Ambrin Buang , Ketua Audit Negara telah mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Berdasarkan perkiraan terhadap hutang negara tersebut , bahawa setiap rakyat di negara Malaysia yang berjumlah 25 juta orang terpaksa menanggung beban hutang sejumlah RM 14 ribu . Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara .

Dalam keadaan rakyat menanggung beban kenaikan harga barang makanan dan keperluan , DS Najib tanpa rasa bersalah meluluskan projek pembinaan Menara Warisan yang mempunyai 100 tingkat berharga RM 5 billion sepertimana yang dibentangkan dalam Budjet 2011 .

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang mengatakan negara Malaysia bakal menanggung hutang sejumlah RM1 trillion untuk 9 tahun daripada sekarang iaitu tahun 2019. Pada masa itu, negara Malaysia boleh diistiharkan muflis dan bangkrap. Justeru kenyataan Datuk Seri Idris Jala tersebut ialah rakyat Malaysia perlu bersedia untuk terima sebarang kenaikan harga.

Isteri beliau , Rosmah Mansur , bermewah - mewahan bagai isteri jutawan minyak dari Arab Saudi, mengamalkan gaya hidup mengalahkan selebriti Amerika apabila memilih untuk bermalam di sebuah hotel terkemuka di Dubai dengan kadar sewa RM 100, 000 untuk satu malam.

Skandal-skandal yang melibatkan DS Najib Razak seperti skandal pembunuhan Altantuya Sariibbuu , pembelian kapal selam Scorpene dan Agusta , pembelian jet pejuang Sukhoi dan termasuk penggunaan wang rakyat RM 77 juta mengadakan perjanjian dengan APCO serta banyak lagi yang masih belum padam di benak rakyat .

DS Najib Razak juga memberikan gambaran silap apabila menyatakan prestasi di Tenang dalam suasana tercetusnya peristiwa di Mesir , BN masih menang dan merupakan petanda yang baik . Fakta tersebut adalah tidak benar dan tidak patut dijadikan rujukan oleh DS Najib . Senario PRK Tenang adalah berbeza dan dapat dilihat BN gagal untuk mencapai target dengan majoriti 5000 serta melihatkan bagaimana masyarakat cina terus menolak MCA dan BN . Faktor pengundi peneroka Felda yang merupakan 'fixed deposit' umno tidak dapat dinafikan .

PRK bukanlah ukuran sebenar pola sokongan rakyat . Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan dengan jentera UMNO sahaja tetapi seluruh jentera kerajaan negeri dan Persekutuan . Contoh dangkal DS Najib Razak dengan menggunakan PRK Tenang adalah tidak masuk akal .

DS Najib harus sedar , rakyat sedang berdiam dan seperti 'api dalam sekam' . Sampai masanya , bila sekam yang membara sudah tidak dapat dibendung lagi , ditiup angin perubahan , menyala dan membakar , DS Najib bakal menjadi sepertimana apa yang Husni Mubarak .

Ubah sekarang , selamatkan Malaysia !