klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 30 Januari 2011

Ambil Iktibar Kebangkitan Rakyat Mesir, Tunisia

SHAH ALAM 30 JAN: Kemelut di Mesir dan Tunisia harus dijadikan iktibar sambil melahirkan rasa sedihnya terhadap despotisme(kuasa mutlak) yang diamalkan oleh para pemimpin negara-negara Islam.

Dalam ucapannya di seminar 'Critical Islam with Ziauddin Sardar(ZS)' di Kelana Jaya semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain Indonesia dan Turki yang kini berjaya mengadaptasikan konsep demokrasi, negara-negara Arab lain jelas tidak mempedulikan hak asasi manusia yang sepatutnya dirasai oleh rakyatnya.

"Kenapa anda tidak mempunyai, tidak mengiktiraf kebebasan, hak asasi manusia, keadilan, kesetaraan jantina di dunia Islam? Terutamanya di dunia negara-negara Arab, kecuali Indonesia, yang berjaya mengubah dirinya mengamalkan demokrasi dengan penuh semangat, dan Turki. Di dalam dunia Arab, penafian hak-hak asas ini merupakan satu kewajipan mutlak," kata beliau dalam ucapannya.

Jelas beliau, kebanyakan cendekiawan Timur Tengah menganggapnya sebagai satu budaya kerana pemerintahan bercirikan despotisme atau satu kuasa mutlak merupakan perkara terpenting dalam sejarah tamadun Mesir di mana rakyat Mesir tidak lekang memuja para Firaun walaupun sedar kezaliman mereka.

Anwar berpandangan, warga Mesir kini seolah-olah cuba menyampaikan mesej bahawa Mesir memerlukan seorang Firaun moden bagi mengawal dan menangani rakyat Mesir.

"Ini merupakan satu hujah yang langsung tidak berasas kerana apa yang berlaku di Mesir sekarang, seperti yang berlaku di negara-negara Arab lain, ialah kerana para pemimpinnya yang memandang rendah warga negaranya. Mereka ini dinafikan hak asas yang mana dengan jelas diperuntukkan di dalam mana-mana perlembagaan," kata beliau lagi.

Sambil berseloroh beliau berkata beliau tidak langsung mengaitkan hujahnya dengan Malaysia kerana khuatir akan disiasat lagi oleh kerajaan Umno-BN dengan alasan kononnya berhubungan dengan pengganas antrabangsa.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, umum mengetahui bahawa demokrasi telah dicabul teruk dan pentadbiran Presiden Hosni Mubarak mesti bertanggungjawab terhadap pencabulan tersebut dan bersedia berhadapan dengan desakan rakyat supaya beliau meletakkan jawatan.

"Bagi pihak PAS, kami menyatakan solidariti bersama dengan rakyat Mesir yang bangkit menuntut keadilan setelah sekian lama berada dalam penindasan. Kami mendoakan kejayaan intifadha rakyat Mesir yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Mesir moden ini.

"PAS juga mendesak supaya dibebaskan segera kesemua tahanan politik yang telah dipenjarakan sejak sekian lama di Mesir yang dihukum menerusi perbicaraan yang tidak adil," katanya.

PAS juga meminta pemerintahan BN segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata. - TC Selangor

Nafi Pas tidak beri ruang - Sinar Harian Edisi Terengganu

30 Januari 2010 KUALA TERENGGANU – Bekas Ketua Angka­tan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fariz Musa menafikan timbul sebarang perselisihan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di negeri ini.

Fariz yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat ketika ditanya berhubung ketidakpuasan hati beberapa ahli PKR bahawa Pas tidak memberi ruang sama rata kepada parti itu, beliau menganggap ia sengaja ditimbulkan pihak luar yang cuba mengeruhkan hubungan antara kedua-dua parti pembangkang tersebut.

Menurutnya, Pas membuka peluang yang baik untuk memastikan rakan sekutunya itu mendapat tempat dan sokongan dalam kalangan penduduk di negeri ini.


“Kita akui Pas sebuah parti yang kukuh dan kita hormati sentimen rakyat. Bagaimanapun tiada masalah yang ketara, polemik politik Pas dan PKR tidak wujud serta kerjasama yang baik diberikan pihak tersebut,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.


Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai Pas yang dikatakan tidak memberi kerjasama yang baik terhadap parti itu dan PKR pula sentiasa bertolak ansur terutama membabitkan isu pembahagian kerusi ketika pilihan raya umum lalu.

Fariz bagaimanapun berkata, pembahagian kerusi tidak menjadi isu kerana Pas tidak sesekali mengabaikan PKR dalam memastikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) terus mendapat tempat.

“Keadaan tersebut boleh dilihat apabila Pas sendiri memberi satu kerusi Parlimen kepada PKR dalam Pilihan Raya Umum 1999, pada 2004 pula diberi satu kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN, manakala pada 2008, PKR bertanding di lima kerusi DUN dan dua Parlimen.


“Pertambahan kerusi kepada PKR ini membuktikan bahawa Pas memberi perhatian dan kerjasama yang baik kepada PKR dan kita yakin pada masa akan datang Pas akan memberi ruang yang lebih kepada PKR,” katanya.


Sementara itu, beliau turut berharap PKR negeri akan lebih produktif dan aktif di bawah Pengerusi PKR baru, Azan Ismail dan mampu membuat persia­pan yang lebih baik bersama Pas dan DAP dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Mubarak Isytihar Perintah Berkurung, Rakyat Terus Protes

KAHERAH: 29 JAN : Presiden Hosni Mubarak hari ini mengerahkan khidmat tentera dan mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh Mesir selepas penunjuk perasaan merusuh di jalanan meminta pengundurannya.

Perintah berkurung yang bermula jam 6 petang sehingga 7 pagi di Kaherah, Alexandria dan Suez sebelum ini, diperluaskan ke seluruh negara, demikian diumumkan stesen televisyen negara itu.

Mubarak memerintahkan angkatan tentera bekerjasama dengan polis bagi melaksanakan peraturan perintah berkurung bagi memelihara keamanan negara serta melindungi penduduk dan harta benda awam.Dua jam selepas perintah berkurung dijalankan, penunjuk perasaan masih berkeliaran di jalan raya di sekitar Kaherah dan Alexandria, dengan penunjuk perasaan meminta tentera turut menyertai mereka.

Di Kaherah, penunjuk perasaan keluar dalam kumpulan yang besar selepas selesai menunaikan sembanyang Jumaat dengan bertindak membaling batu dan dua membakar balai polis.

Polis terpaksa bertindak balas dengan menggunakan belantan, gas pemedih mata, meriam air dan menembak menggunakan peluru getah.

Mubarak yang kini berusia 82 tahun dan dilaporkan kurang sihat, setakat ini belum lagi tampil sejak tunjuk perasaan tercetus empat hari lalu.

Bagaimanapun, Kementerian Kebudayaan berkata, Mubarak dijangka tampil hari ini untuk majlis pembukaan rasmi Pesta Buku Kaherah. - AFP

DAP dakwa berlaku beli undi di Tenang Station


DAP mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station. NONEMenurut Teo Chin Liang (kanan, duduk) - bapa kepada ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching - dia dan agen undi DAP, Liew Choan Chee (kanan, berdiri), pergi ke dewan sekolah tersebut di mana mereka mendapati pintunya terbuka luas, yang menurut mereka tidak biasa berlaku pada hujung minggu. Setibanya di situ, kata Teo, dia nampak beberapa orang lelaki Cina sedang duduk di sebuah kaunter. Dia kemudiannya didatangi tiga orang, yang bertanyakan mengapa dia berada di situ. Teo menjawab dia hanya mahu melihat yang apa yang sedang berlaku di situ. Mengesyaki sesuatu, dia kemudiannya memanggil Liew yang berada di dalam kereta dan Liew datang serta mengambil gambar tiga orang berkenaan. NONEMeliha foto mereka diambil, ketiga-tiga mereka menjadi marah. Menurut Teo, seorang daripada mereka yang berbaju putih, mengejar Liew hingga ke keretanya dan mengarahkannya menyerah kameranya, dan mengancam akan menggunakan kekerasan jika Liew enggan berbuat demikian. Liew, bagaimanapun, memberi amaran kepada penyokong ketiga-tiganya bahawa penyokong PAS akan sampai beberapa minit lagi. Mereka jadi takut dan beredar dari situ. Setelah mereka pergi, kelihatan masih ada yang datang ke dewan sekolah tersebut. NONEApabila ditemui Teo, beberapa orang berkata mereka diminta datang oleh seorang yang dipanggil 'Ah Teck' untuk mengundi di situ, walaupun sekolah berkenaan bukan menjadi pusat pengundian. Tertinggal di situ ialah cek RM3,000 yang telah dikoyak, dengan tandatangan ketua kampung yang juga pengerusi MCA Kampung Sawah Padi, Kok Yun Keong. Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" di atasnya, namun tiada nama penerima.

negara punyai 3 menteri yang paling banggang !

Saya benar-benar tertarik dengan 3 orang menteri yang saya anggap paling banggang dalam sejarah Negara . Seorang berjawatan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, seorang lagi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran dan seorang lagi sepupu kepada Perdana Menteri yang menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri .

Menteri 1

Pertama beliau berjawatan Perdana Menteri dan ternyata adalah seorang yang bacul dan pengecut . Kerana amat takut kepada seorang manusia yang juga Ketua Pembangkang sanggup memfitnah dan membuat dakwaan palsu terhadap beliau dan merekaraya cerita di laporan sebuah stesyen berita internasional bahawa Ketua Pembangkang tersebut dibiayai oleh dua orang putera raja sebuah negara teluk untuk membiayai pilihanraya umum akan datang serta mengaitkan dengan kegiatan terroris .

Tak cukup dengan tindakan memalukan Negara atas kes pembunuhan seorang model warga sebuah negara sehingga dinyatakan dalam perbincangan pegawai-pegawai tertinggi negara jiran bahawa Perdana Menteri tersebut tidak dapat memulihkan imejnya daripada palitan skandal pembunuhan model tersebut dan dipaparkan disebuah akhbar di Negara Kangaroo . Benar-benar memalukan ! Kini menuduh dua orang putera raja negara teluk pula . Memfitnah dan berbohong .

Malah Perdana Menteri ini juga telah memalukan Negara dalam kes pembelian sebuah kapal selam yang tidak boleh tenggelam melibatkan rasuah yang cukup besar jumlahnya serta dalam proses penyiasatan dan pembicaraan . Hebat sungguh Perdana Menteri ini yang sewaktu itu memegang jawatan Menteri Pertahanan .

Apabila Ketua Pembangkang tersebut telah mencabar beliau untuk berdebat bagi membincangkan isu ekonomi , dengan dayus dan penakutnya Perdana Menteri ini menolak tetapi bercakap besar dan lebih suka bertindak menyerang peribadi . Seorang Perdana Menteri dengan imej di queen qontrol .

Perdana Menteri ini yang terus menipu rakyat dengan menafikan “1 Malaysia” sama dengan “one Isreal” dan sanggup menggunakan wang rakyat sejumlah RM77 juta membiayai sebuah syarikat Yahudi .

Menteri 2

Manakala seorang yang berwajah sembab ( meminjam Hisham Rais Tukar Tiub ) yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan juga memegang portpolio Menteri Pelajaran yang suka mengelar orang dengan perkataan pengkhianat sedangkan sewaktu beliau menjadi Menteri Besar sebuah negeri sanggup menjual tanah air kepada sebuah Negara jiran . Siapa yang sebenarnya pengkhianat bangsa , agama dan Negara ?

Timbalan Perdana Menteri a.k.a Menteri Pelajaran ini terlalu lembab dan sembab dalam membuat keputusan berkaitan sebuah novel yang dijadikan teks pembelajaran murid-murid yang telah menimbulkan sensitiviti kepada sebuah kaum . Akhirnya membuat keputusan untuk meneruskan penggunaan novel tersebut dan meminda perkataan-perkataan yang menimbulkan kontroversi . Bukankah dengan ini kerajaan terpaksa mengeluarkan kos lagi untuk mencetak novel yang telah diubah tersebut ? Kegagalan beliau sebagai Menteri Pelajaran ternyata dan terbukti . Kenapa tidak dihadami dan di buat diskusi sedalam-dalamnya sebelum dijadikan teks ?

Malah menteri tersebut terus membisu terhadap kes melibatkan kerugian wang rakyat sejumlah RM 4 juta apabila tersilap cetak buku teks . Sudah pasti sejumlah RM 4 juta lagi akan dibelanjakan untuk mencetak buku teks baru . Memang sikap "paria" terlalu kuat dalam diri Menteri Pelajaran ini .

Menteri 3

Terakhir ialah sepupu kepada Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan arahan supaya siasatan dilakukan terhadap Ketua Pembangkang kerana laporan sebuah steysen berita internasional berkaitan isu terroris . Dan menafikan bahawa kenyataan tersebut bukan datangnya daripada sepupunya yang juga sang Perdana Menteri . Sedangkan beliau mengaku tidak pernah membaca laporan tersebut . Bermakna beliau tidak tahu bahawa yang melemparkan tuduhan tersebut adalah sepupunya . Perdana Menteri negara ini .

Ini membuktikan Negara mempunyai seorang Menteri Dalam Negeri yang bodoh dan dangkal . Tanpa membaca laporan , mengkaji sumber dakwaan tersebut terus mengarahkan pihak berkuasa di bawah penguasaan beliau untuk membuat siasatan . Kalau kenyataan tersebut datang daripada seorang rakyat marhean tidak mengapa , ini datangnya daripada seorang menteri kanan .

Tindakan arahan siasatan tersebut bukan bersifat kepentingan keselamatan Negara , tetapi adalah perlakuan berunsur politik bagi mencalar imej Ketua Pembangkang yang sangat dimusuhi . Sedangkan pihak steysen berita internasional tersebut juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan , dakwaan , fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh Perdana Menteri tersebut terhadap Ketua Pembangkang dan keterlibatan dua orang putera raja negara Teluk itu .

Saya benar-benar merasa janggal bahawa Negara mempunyai 3 orang menteri yang mengurustadbir sebuah Negara tetapi terlalu banggang dan memualkan . Negara akan punah dan hancur jika ‘badut-badut’ ini terus menguasai pentadbiran Negara .

Saya teringat sewaktu berada di Mekah mengerjakan umrah pada Mac 2010 lalu , seorang peniaga bertanya , “ Malaysia ?”. Saya jawab “Yes” . Dengan spontan beliau memotong .. “ Malaysia not good!”. Saya terkejut dan langsung bertanya “ Why Malaysia Not Good? “ . Peniaga tersebut terus menjawab “ Malaysia police not good , goverment also not good !” .

Ubah Sekarang , Selamatkan Malaysia !

Interlok, Silap Cetak Buku Teks Muhyiddin Pamer Sikap Tidak Peduli

SHAH ALAM 29 JAN : Sikap tidak peduli Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin terserlah berhubung kontroversi novel Interlok dan kesilapan mencetak 400 ratus ribu buku teks KSSR bahasa English tahun 1 yang membabitkan kerugian mencecah hampir RM 4 juta ringgit.

Dihubungi Tv Selangor, Ketuan Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin menuntut jawapan yang jelas daripada Muhyiddin selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap kerugiaan ini.

"Beliau adalah individu yang bertangungjawab ke atas kesilapan sehingga memberikan kesan implikasi bukan sahaja terhadap pelajar sekolah malah ke atas implikasi ekonomi.

"Ini jelas merupakan satu pembaziran yang membabitkan jumlah wang yang begitu besar, jumlah RM 4 juta ini jelas menunjukan Timbalan Perdana Menteri yang juga menteri pendidikan mengambil sikap endah tidak endah dan sikap melepaskan batuk ditangga dalam usaha kerajaan memberi ingatan kepada rakyat supaya berhemah dan berjimat cermat dalam berbelanja tetapi dalam hal ini wang itu dihabiskan begitu sahaja," kata Shamsul.

Harga seunit buku teks KSSR bahasa English tahun satu berkenaan ialah RM8.20 jika didarab dengan 400,000 naskah maka jumlahnya mencecah RM4 juta.

Ditanya apa tindakan yang patut diambil kepada pihak terbabit berhubung kerugian ini, Shamsul menegaskan Muhyiddin perlu dipertanggungjawabkan.

"Kalau berlaku di mana-mana negara, pada saya dari segi tanggungjawab, sudah pasti menteri berkenaan harus meletakan jawatan dan mengambil sikap tindakan bertanggungjawab kerana ia membabitkan wang rakyat yang begitu besar, sebab itu kami memberi ingatan dan teguran yang keras kepada TPM dengan mengambil mudah jawatan TPM dan juga menteri pelajaran dan jangan sibuk menyerang pembangkang dan sibuk berpolitik.

"Pada saya menteri kewangan, Datuk Seri Najib harus mengambil tindakan yang tegas, paling tidak pun memberi kata dua kepada menteri Pelajaran supaya perkara ini tidak berlaku lagi," katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Loke Yim Phang berkata perkara yang menyebabkan kejadian itu masih belum diketahui puncanya samada disebabkan kesilapan manusia atau masalah percetakan namun beliau menegaskan kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku.

"Sesuatu benda itu bila diterbitkan mesti tepat, kerana ia akan menyebabkan pembaziran, kalau kita hendak fokus kepada kualiti asasnya buku yang hendak dikeluarkan perlu ada kualiti.

"Bagi saya kita kena pastikan bahawa dalam proses percetakan sesuatu buku untuk pelajar itu kita tidak boleh lupa kepada kualiti," katanya.

Presiden Persatuan Ibubapa Guru Negara atau PIBGN, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kementerian perlu lebih berhati-hati dalam memilih panel penilai pada masa akan datang bagi memastikan kesalahan sama tidak berulang serta mengelak ibu bapa berasa was-was dengan buku teks yang dikeluarkan kementerian.

Terdahulu dalam isu Interlok Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengeluarkan formula bahawa novel Interlok tetap akan digunakan dengan dibuat pindaan pada bahagian-bahagian yang sensitif.

Antara yang lantang menentang ialah Presiden Penulis Nasional atau PENA, Mohamad Saleeh Rahamad.

Beliau mendedahkan, formula yang dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam bercanggah dengan dialog yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi dalam dialog dengan pelbagai pihak bertelingkah di Putrajaya sebelum ini.

Dalam pada itu, Presiden Seniman Paksi Rakyat atau PAKSI, Dinsman berkata pihaknya turut membantah formula Putrajaya kerana beranggapan tiada sebarang pindaan harus dilakukan terhadap novel tersebut.

"Pada pandangan kami tiada sebarang pindaan harus dilakukan.

"Saya dan rakan-rakan dalam PAKSI, tidak nampak apa-apa yang harus diubah dan kami menyokong novel dikekalkan tanpa sebarang perubahan," katanya kepada Tv Selangor.

Mengulas isu yang sama, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia atau GAPENA tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan mahkamah sebagai langkah penyelesaian terakhir jika perjuangan mempertahankan hak kepengarangan novel kontroversi Interlok tidak menemui jalan keluar.

GAPENA juga akan mengambil langkah berperingkat untuk berunding secara intelektual dengan pihak berkaitan tanpa membabitkan elemen politik dan enggan pindaan dilakukan terhadap teks Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS).

Tun Razak BUKAN Pengasas Felda

Oleh Dzulkarnain Taib
feldaKUALA LUMPUR 13 Dis - 29 juta rakyat Malaysia khususnya 22,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara dan 3 juta ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno Baru) tentunya akan merasa amat terkejut dan sukar menerima fakta ini - Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Tun Abdul Razak Hussein BUKAN pengasas Felda.

Selama lebih 50 tahun, Umno telah menipu rakyat negara ini dengan menyelewengkan sejarah sebenar penubuhan Felda dengan mengatakan agensi tersebut telah ditubuhkan oleh Abdul Razak, Bapa Pembangunan Malaysia dan juga ayah kepada Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Mohd Najib dan dengan hujah kaitan itu maka Umnolah yang berperanan besar menubuhkannya.

Malah Najib menggunakan alasan ini untuk meletakkan Felda di bawah jagaannya setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004.

Najib juga pernah menyatakan seolah-olah beliau mewarisi tanggungjawab untuk membela peneroka Felda dari ayahnya.

Semasa merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010 di Putrajaya, Najib melabelkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa.

Sebelum ini lidah rasmi Parti Keadilan Rayat, Suara Keadilan di saman sebanyak RN200 juta oleh Felda berhubung artikel 'Felda Bankrap' yang disiarkan dalam akhbar itu Mei lalu.

Susulan itu juga Kementerian Dalam Negeri enggan memperbaharui permit penerbitannya apabila ia tamat tempoh pada 30 Jun lepas.

Penyelidikan Suara Keadilan membongkarkan idea asal penubuhan Felda sebenarnya datangnya daripada penjajah Inggeris di Malaya ketika itu.

Menurut pakar perlembagaan, Dr Samarudin Md Rejab, Felda diwujudkan oleh penjajah Inggeris sebagai satu strategi untuk mengekang pengaruh fahaman komunis dikalangan masyarakat Melayu sebagaimana skim kampung baru (new village) dilaksanakan bagi mengawal ketat anasir komunis daripada menyusup masuk ke dalam masyarakat Cina.

DRS"Dasar awal berkaitan dengan idea perlaksanaan skim penempatan lebih menjurus kepada isu pemberontakan dan pengawalan. Ia digunakan sebagai satu instrumen melawan pemberontakan melalui kewujudan kampung baru dan lain-lain tanah rancangan yang sama. skim tanah rancangan tidak ada bezanya dengan kerangka asas ini, malah ia menjadi idea untuk meluaskan penempatan di kawasan hutan yang belum diterokai atas tema pembangunan ekonomi dan tanah.

"Sejak mula dasar ini diterimapakai, sebahagian besar daripada peranan membangunkan tanah dan penempatan semula populasi dimonopoli oleh FLDA," kata Dr Samarudin.

Perkara ini didedahkan dalam artikel penyelidikan beliau bertajuk "Evolution Of Policies Affecting Land Settlement Schemes In Malaysia" yang disiarkan dalam jurnal Akademika, Bil. 12 keluaran Januari 1978.

Artikel tersebut menjadi sebahagian daripada tesis sarjana beliau ketika Dr Samarudin bertugas sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artikel itu menyebut susulan daripada laporan "International Bank for Reconstruction and Development Mission" pada 1954, kerajaan kolonial Inggeris telah menggubal Rancangan Malaya Pertama (RMP) (1956-1960) yang telah dilaksanakan selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Didalam RMP telah dinyatakan cadangan berhubung mewujudkan skim tanah rancangan.

"Satu altenatif yang kita fikirkan ialah mengadaptasi skim penanaman kapas Gezira di Sudan...sebuah skim dirancangkan seperti ini menjamin kelebihan pengurusan penanaman secara efisien dan pemasaran secara besar-besaran dan pada masa yang sama mengelakkan terjerumus dalam kelemahan sistem perladangan. Adalah jelas modifikasi terhadap skim penanaman kapas di Sudan adalah perlu untuk disesuaikan dengan penanaman padi dan lain-lain skim di Malaya. 'Mission' bagaimanapun yakin bahawa skim rancangan seperti ini wajar untuk dipertimbangkan," menurut laporan bank tersebut.

Selepas beberapa siri perbincangan mendalam, Ordinan Persekutuan (Federal Ordinance) telah digubal pada julai 1956 untuk menggerak skim tanah rancangan sebagai satu dasar kerajaan.

Satu jawatankuasa (Working Party) telah ditubuhkan untuk mengalas tanggungjawab ini dengan mengambil kira antara lain keperluan bantuan daripada kerajaan bagi membangunkan tanah rancangan di negeri-negeri serta mengkaji aspek kewangan dan pentadbiran orginasasi yang paling sesuai untuk melaksanakannya.

"Kajian jawatankuasa tersebut mendapati keperluan yang mendesak dan oleh itu ia mencadangkan penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FLDA) sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk membuka tanah rancangan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.

"Objektif utama FLDA ialah memudahkan pembangunan dan rancangan kawasan baru, menyediakan pengurusan dan pemantauan komuniti baru di tanah rancangan, menyediakan kemudahan asas dan memastikan pembangunan lestari tanah rancangan," kata Dr Samarudin dalam artikelnya.

Hasilnya, projek tanah rancangan Lembah Bilut di Pahang menjadi realiti pada 1958.

RMP mensasarkan sebanyak 36 tanah rancangan yang meliputi kawasan penanaman getah seluas 150,000 ekar dengan 14,000 keluarga namun FLDA hanya mampu melaksanakan 25 tanah rancangan yang menempatkan 1,694 keluarga di atas tanah seluas 19,600 ekar.

Ketika dihubungi Dr Samarudin berkata berdasarkan kajian beliau 32 tahun dahulu, Najib mahupun Umno tidak lagi boleh membuat klaim bahawa Felda diasaskan oleh ayahnya atau pun Umno sebagai pencipta idea penubuhan agensi itu.

"Kita mesti ingat ketika idea Felda dicetuskan negara masih di bawah penjajahan Inggeris. Tun Razak ketika itu pun bukan Menteri yang menjaga hal ehwal Felda," jelas Dr Samarudin.

Abdul Razak bertanding dalam pilihan raya pertama negara pada 1955 dan kemudian dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
Justify Full
Tun_Razak_Selepas pilihan raya 1959 barulah beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, tiga tahun setelah idea penubuhan Felda diilhamkan oleh Rancangan Malaya Pertama dan hampir dua tahun setelah perlaksanaan skim tanah rancangan Lembah Bilut.

Bagaimana pun beliau memainkan peranan penting dalam mengembangkan skim rancangan Felda keseluruh negara sehingga beliau meninggal dunia pada 14 Januari 1976 pada usia 53 tahun.

Felda mengalami penurunan rizab tunai sebanyak RM2.37 semenjak agensi itu diletakkan di bawah pengawasan Najib dari tahun 2004 hingga 2009.- suara-keadilan.com