klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 15 Januari 2011

NGO: Pelantikan Khusrin langgar hak rakyat S'gor

Sebuah kumpulan pendesak baru merancang untuk mengadakan perhimpunan Ahad depan (23 Januari) bagi membantah perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru.

NONEHormati Suara Rakyat Selangor (HSRS) berharap dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 10,000 orang ke perhimpunan itu yang dijadual diadakan di stadium MPPJ di Kelana Jaya.

Jurucakap kumpulan itu, Haris Ibrahim berkata, perhimpunan tersebut bertujuan memberi tekanan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya menarik balik pelantikan Khusrin.

“Pelantikan Khusrin adalah kemuncak percubaan kerajaan persekutuan BN bagi menafikan rakyat Selangor mendapat khidmat terbaik dalam pentadbiran negeri oleh kerajaan persekutuan Umno-BN.

"Rakyat Selangor pada 8 Mac 2008 telah mengundi dan membuat pilihan. Apa yang kita lihat hari ini ialah insiden, gerakan untuk memandang rendah pilihan rakyat Selangor.

NONE"Insiden terbaru pelantikan SUK ini hanya membimbangkan lagi rakyat Selangor kerana walau telah memilih Pakatan Rakyat, ada usaha pihak lain mengganggu dan merendahkan Kerajaan Negeri Selangor" kata Haris pada sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor di ibu negara hari ini.

Selain itu, katanya, perhimpunan berkenaan akan juga memberi tumpuan kepada isu tempatan yang tidak dapat diselesaikan kerana tiada kerjasama dari kerajaan persekutuan melalui agensi mereka seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), SYABAS serta agensi lain.

HSRS merupakan gabungan NGO yang memperjuangkan hak rakyat dan keadilan seluruh negara.

Antara NGO terlibat ialah Bersih 2.0, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) dan beberapa lagi.- MALAYSIAKINI

Pindaan: S'gor mahu kuasa lantik pegawai tingginya

Pertelingkahan yang berterusan berhubung isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri telah mendorong Selangor untuk mendapatkan haknya untuk melantik pegawai tertinggi dalam jawatan utama sektor awam atau Jusa A.

dj jamal hishammudin rais and teresa kok forum 270910 08Sehubungan itu, Selangor akan mengambil langkah meminda
perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada suruhanjaya perkhidmatan awam negeri itu, melantik kakitangan awam ke jawatan tertinggi, termasuk jawatan setiausaha kerajaan negeri, kata exco kerajaan neger, Teresa Kok.

Teresa (kanan) mendedahkan butiran tersebut yang akan dibentangkan dalam sidang DUN pada 24 Januari ini, di sebuah forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH) di ibunegara malam tadi.

Katanya, kerajaan negeri akan meminda Perkara 52 (1) perlembagaan negeri supaya tiga jawatan terpenting - setiausaha negeri, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri - dilantik oleh suruhanjaya perkhidmatan awam Selangor.

Kerajaan negeri juga akan membentangkan satu lagi usul untuk membolehkan suruhanjaya perkhidmatan awam negeri, memilih dan menaikkan pangkat pegawai kanan perkhidmatan awam, seperti ditetapkan dalam Perkara 97 (1).

Pada masa ini, bidangkuasa suruhanjaya itu hanya terhad kepada kakitangan awam Gred Khas atau Jusa B, manakala suruhanjaya perkhidmatan persekutuan membuat kuasa untuk melantik tiga jawatan tertinggi negeri itu. - MALAYSIAKINI